April 30, 2011

Bahasa Kamek..

Assalamualaikum semua,

Wah..lama jugak rasanya tak update blog nih..Maklumlah,sibuk kerja..Apapun,alhamdulillah coz hari ni rasanya ada lapang sikit nak share kat u all semua bahasa kamek iaitu Bahasa Melayu Sarawak..Kalau sebelum ni,saya ada menyebut tentang penggunaan huruf 'K' disetiap hujung perkataan,kali ni,saya nak dedahkan pula perkataan yg lain..Bunyinya lebih kurang seperti Bahasa Melayu standard jugak cumanya ada lain sikit dr segi sebutannya..jom kita tengok,apa dia perkataan tersebut..

Pakuk - Paku

Dudok - Duduk

Urang - Orang

Sampei - Sampai

Pandei - Pandai

Pakei - Pakai

Kedei / Kede - Kedai

Dolok - Dulu

Berjuntei - Berjuntai

Rami2 - Ramai2

Nemu - Temu

Kaco - Kacau


Haa..lebih kurang mcm ni lah..Kepada teman2,kalu ada soalan nak tnya berkaitan penggunaan ayat atau cara nk bertutur ni,bleh tanya saya..Saya sedia membantu..k..

                                                                  ***************************************

Tauk Sik Kitak??? (Tahukah Anda??)




1) Manok - Ayam..


Dalam penggunaan ayat samada secara lisan atau bertulis,perlu diingatkan bahawa hanya sesetengah ayat sahaja menggunakan perkataan 'Manok'..Selebihnya,kita masih menggunakan perkataan 'Ayam'..


Contoh A : Manok goreng,Manok kolok,Anak manok,Telor manok,Bulu manok,Manok cincang,Rumah Manok


Contoh B : Nasi Ayam (Betul) - Nasi Manok (Salah)
                 Kaki Ayam (tidak berselipar)(betul) - Kaki manok (tidak berselipar)(Salah)
                 Nasi Ayam Penyet (Betul) - Nasi manok penyet (salah)
                


2) Ikan Pusuk - Ikan Bilis


Sama seperti 'Manok',perkataan ikan pusuk juga hanya diguna untuk sesetengah ayat/pertuturan sahaja..


Contoh A : Ikan pusuk goreng,Ikan pusuk mantak(mentah)


Contoh B : Nasi goreng ikan bilis (Betul) - Nasi goreng pusuk (Salah)
                 Sambal ikan bilis (Betul) - Sambal pusuk (Salah)




3) Sesar - Udang


Udang Kering tidak disebut sebagai Sesar Kering..Malah,kita juga menyebutnya sebagai Udang Kering!!Udang terbahagi kepada kepada 3 kategori iaitu Udang kering,Sesar dan Bubok.


Contoh 1 : Sesar Unjur (sejenis udang kering,hanya terdapat di Mukah.Tetapi rasanya tidak masin dan lebih besar dan panjang berbanding udang kering yang biasa)


Contoh 2 : Bubok (sejenis udang - plankton. Biasanya akan digunakan untuk membuat cencalu)
                 Bubok kering (Biasanya diguna dalam masakan sepeti,cucur bubok,tumisan sayur dll)




***Nantikan topik yg lebih menarik,jom kita berpantun serawak!!!
                
                

April 23, 2011

Jum baca tok!! (Jom baca ni..)

Salam semua..Apa khabar? Hari tok kita ada perkataan baru gik..Jum,kita nanggar lok..




Ponek - Kempunan            cth ayat : Kamek ponek nak makan Buah Dabai (Saya kempunan nak makan buah dabai)


Kaut - Cedok                    cth ayat : Tolong kaut lauk ya lok (Tolok cedok lauk tu jap..)


Ceridak / Kemaik - Kotor/Pengotor   cth ayat : Org ya ceridak (Org tu pengotor)


Angol - Pening/rimas         cth ayat : Aku angol nanggar rumah mengarei (Aku pening/rimas tengok rumah bersepah


Berayan - Berciciran        cth ayat : Buku abg berayan kat siney? (Buku abg berciciran kat mana?)


Gugok - Jatuh                  cth ayat : Tadik Ana tergugok kat sia (Tadi Ana terjatuh kat situ )


Tekonok/Konok - Konon  cth ayat : Tekonok tek nya udah pandey embak motor (Konon2 dia dah pandai nak pandu/bawa kereta)


Rangkak - Gelojoh         cth ayat : Adik makan rangkak gilak (Adik makan gelojoh sangat)


Nerais - Menjerit           cth ayat : Iboh nerais bah!! (Jangan menjerit!!)


Kamboh/sekoh - Kelam Kabut              cth ayat : Nang kamboh aku haritok!! (Memang kelam kabut aku hari ni!!)



Tauk Sik Kitak?? (Tahukah anda??)




Kebiasaannya org2 di Sarawak menggelarkan Kereta sebagai Motor..Manakala Motorsikal pula akan disebut sebagai Motorsikal juga. 


Contoh ayat 1 : Kamek parking motor kat sinun..Saya Parking kereta kat sana..
Contoh ayat 2 : Kamek nait motosikal ngan abg tek..Saya naik motorsikal dengan abg tadi.




**Nantikan topik seterusnya..Pasti lebih menarik!!!



April 22, 2011

Dabai vs Mengkalak

Salam semua,

Pernah tak nampak buah ni? Kalau nak tahu,ini namanya Buah Dabai (gambar atas),dan Buah Mengkalak atau Engkalak (gambar bawah).

Buah Dabai dan buah Engkalak yang merupakan buahan bermusim yang menjadi kegemaran masyarakat di Sarawak terutamanya masyarakat Melayu, Melanau dan Iban.
Buah dabai dan buah engkalak ini sukar ditemui di Kuching dan kebanyakannya dibawa masuk dari Sibu, Sarikei atau Bintangor. Buah dabai dan buah engkalak ini lazimnya menjadi juadah makan tengahari atau malam bagi masyarakat di Sarawak terutamanya di Sibu, Sarikei,Kapit, Song, Bintangor, Mukah, Oya, Igan dan sebagainya.

Kedua buah tersebut memang mudah untuk disediakan iaitu dengan merendamkannya ke dalam air sederhana panas untuk beberapa minit sehingga ia menjadi lembut dan kemudian ditoskan airnya lalu dicampur dengan sedikit garam dan ia sudah sedia untuk di makan. Bagi sesetengah individu buah dabai lebih enak dimakan dengan kicap dan buah ini sering diproses untuk dijadikan jeruk dabai.
Dan,apa yang bestnya Buah Dabai ni kan,bijinya boleh direbus sekejap,kemudian diketuk dgn anak lesung untuk mendapatkan isinya..Bahagian isinya pulak,boleh dimakan begitu saja kerana rasanya enak seperti kacang..
Hmmm...kalau betul nak rasa kedua2 buah ni,meh la singgah ke tempat kamek (Sarawak)..Sebab sekarang ni,dah musimnya si buah dabai nih..Jangan ketinggalan tau..Selamat mencuba...


**Kelak ada topik nok lagik best..maok tauk apa ya?? Tunggu......