Showing posts with label Juh makan... Show all posts
Showing posts with label Juh makan... Show all posts

May 05, 2011

Ulat Mulong..Ada berani?


Sarawak sememangnya kaya dengan kepelbagaian makanan, malah tidak keterlaluan jika negeri Bumi Kenyalang ini dianggap sebagai syurga kepada penggemar makanan eksotik.Satu daripadanya ialah hidangan ulat mulong atau si’et dalam bahasa Melanau atau tinduh dalam bahasa Iban.



Bagi masyarakat Sarawak, ulat mulong terutama yang gemuk berlemak ini mempunyai rasa yang enak dan boleh dinikmati sama ada dimasak dengan menggoreng atau salai.Penggemar Mulong yang tidak geli biasanya makan secara mentah sewaktu masih hidup selepas mencecahkan tubuh ulat dengan garam halus sebelum memakannya atau dinikmati bersama sagu.
Ia juga boleh disediakan dalam bentuk goreng kicap atau sup.Keunikan rasanya yang berlemak semulajadi menjadikan ulat mulong ini digilai ramai, bukan sahaja di kalangan kaum bumiputera bahkan kaum lain seperti Cina dan pelancong dari luar negara.
Dengan rupanya seperti ulat, ulat mulong sebenarnya bukan berasal dari ulat tetapi berasal dari anak kumbang rumbia (mulong) yang bersarang di dalam batang pokok rumbia yang telah buruk.Peminat makanan eksotik ini, bukan sahaja daripada penduduk tempatan yang mendiami kawasan yang luas dengan tumbuhan pokok rumbia seperti di Bahagian Mukah dan Betong malah ia turut digemari segenap lapisan kaum di Sarawak dan dari Negara Brunei Darussalam.
Kegilaan terhadap makanan eksotik ini menjadikan ulat mulong mempunyai nilai komersil yang amat tinggi sekaligus mendatangkan sumber pendapatan lumayan kepada pemilik dan penjualnya.Walaupun tiada kajian saintifik, memakan ulat mulong ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kegemukan manakala minyaknya dikatakan berkhasiat untuk melebatkan rambut.Ulat mulong dijual berdasarkan saiz dan kematangannya.Seekor ulat mulong matang yang besar atau gred A dijual dengan harga antara 40 sen hingga 50 sen.Ulat  mulong bersaiz besar di bahagian pangkal pohon hingga ke pertengahan pokok dijual lebih mahal berbanding ulat mulong di atas batang kerana ia masih kecil dan belum matang.
Cara penyediaan ulat mulong kini pelbagai dan rasanya bergantung kepada cara memasak. Kebanyakkan orang suka ulat mulong digoreng dan disalai kerana rasanya berlemak dan isinya manis.

Ulat mulong yang dibiarkan reput

Ulat mulong goreng


Tetapi,adakah ia halal atau haram dimakan bagi orang-orang Islam? Apa kata ulama??



Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya.Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali". Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama - sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445.

Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-

    ... Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.

Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini. Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan kera menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang.


April 22, 2011

Dabai vs Mengkalak

Salam semua,

Pernah tak nampak buah ni? Kalau nak tahu,ini namanya Buah Dabai (gambar atas),dan Buah Mengkalak atau Engkalak (gambar bawah).

Buah Dabai dan buah Engkalak yang merupakan buahan bermusim yang menjadi kegemaran masyarakat di Sarawak terutamanya masyarakat MelayuMelanau dan Iban.
Buah dabai dan buah engkalak ini sukar ditemui di Kuching dan kebanyakannya dibawa masuk dari Sibu, Sarikei atau Bintangor. Buah dabai dan buah engkalak ini lazimnya menjadi juadah makan tengahari atau malam bagi masyarakat di Sarawak terutamanya di Sibu, Sarikei,KapitSongBintangorMukahOyaIgan dan sebagainya.

Kedua buah tersebut memang mudah untuk disediakan iaitu dengan merendamkannya ke dalam air sederhana panas untuk beberapa minit sehingga ia menjadi lembut dan kemudian ditoskan airnya lalu dicampur dengan sedikit garam dan ia sudah sedia untuk di makan. Bagi sesetengah individu buah dabai lebih enak dimakan dengan kicap dan buah ini sering diproses untuk dijadikan jeruk dabai.
Dan,apa yang bestnya Buah Dabai ni kan,bijinya boleh direbus sekejap,kemudian diketuk dgn anak lesung untuk mendapatkan isinya..Bahagian isinya pulak,boleh dimakan begitu saja kerana rasanya enak seperti kacang..
Hmmm...kalau betul nak rasa kedua2 buah ni,meh la singgah ke tempat kamek (Sarawak)..Sebab sekarang ni,dah musimnya si buah dabai nih..Jangan ketinggalan tau..Selamat mencuba...


**Kelak ada topik nok lagik best..maok tauk apa ya?? Tunggu......

April 19, 2011

Kita beramen makan lok juh.. (kita lepak makan jom..)

Selamat petang,dah minum petang ke lom?
Haa..Kalu kat sini,ptg2 camni kitorang suka lepak minum kat umah tau..ala..tak kira la kat mana pun,janji ada makanan jer..hehehe..

Anyway,kitorang pun sama gak mcm kat tempat u all kot,cumanya kat sini,selain cucur udang,pisang goreng,lempeng,apam balik,roti jala ke..kita kat sini ada Tumpik ler...apa benda Tumpik nih? ermm,kalau nak tau,tumpik ni diperbuat drpd tepung lemantak,kelapa parut(putih jer),pastu bahan2 lain saya tak berapa pasti..Maklumlah,saya tau beli n mkn jer..xreti nk buat sendiri.. ^_^

Bah,apa tunggu agik..ju kita cicah tumpik ngan gulapong (gula melaka)..kakya minum kopi o panas kurang manis..

Kepada u all yg tak pernah rasa tumpik ni,kalu datang kat Sarawak,meh la try..kalu tak pun sesiapa yg berminat nak wat tumpik ni,leh la carik resipi kat dalam internet eah..Selamat Mencuba..!!!

April 18, 2011

Apa bah makanan nyaman di Sarawak? Juh,kita siasat!!!

Hai semua..topik tok khas k makanan nok ada kat Sarawak jak..tp bukan nok jenis exotic2 ok.Sebab apa,bila kmk travelling kat KL,byk geng2 kat cnun tanyak itu ini pasal makanan kita di Sarawak tok..Kek Lapis,ikan terubok masin,Laksa Sarawak nang favourite topic lah senang kata.Dipendekkan crita,jom kita siasat,kita ngitong n kongsi,apa gik makanan kita disitok bah.. First sekali,nang tauk lah Mee Laksa Sarawak ranking No 1..kenak bah?? Gineylah gaya,nama pun dah Laksa Sarawak..Sapa2 jak dtg ctok,semua kamboh nak cerik Laksa Sarawak..Tapi,sik semua tempat ada jual laksa nok nyaman..Kadang2 kuah cair,kadang kuah pekat gilak,kadang campuran sik menepati resipi asal Laksa ya empun..apa yang penting,asal ada jak rupa mee laksa,nya lah ya!!Kakya,harga iboh cerita..Rajin2lah g survey k..Setakat tok,mcm2 dah kede dimasuk,semuanya gara2 mee laksa.Hasilnya,of coz ada yg ok n ada yg sik berapa.xpa,semangat ya ada!!hehe..Anyway,kat Semenanjung Malaysia ada juak laksa..mcm2 laksa ada..ya kelak2 kita cerita k..masing2 ada 'taste' tersendiri..kita raon nok kita mpun lok..




 Kakya apa gik bah?Mee Kolok nak? Sapa first time dtg ctok,confirm mulut tengangak nengar nama ya..Rasa lok mee ya baruk tauk nak..Ala2 mee indomie home made gitu..!!!Lagi fresh n nyaman dimakan mun gik panas2..Caranya molah pun senang jak..As long as rencahnya cukup sukat n mee yg dicelur ya sik kembang,sudah..Bezanya dgn mee laksa,of coz la byk..n nemiak prefer mi kolok,coz mee tok sik pedas..Sambal kicap diengkah asing2..Dolok masa stay KL,lidah tok mala jak ningas mee kolok..Nang mala ponek..Tapi xpa,kinek tok,dah di depan mata..Alhamdulillah..



Next,ikan kesayangan kita..ahahahaha!!!Terubok Masin...ikan tok,nang famous..cney2,asal dgr jak kita tok dari Sarawak,gago lak cdak nanyak rega ikan tok.Hehehe..Ikan tok mun dah digoreng,baunya juak paling loba..Hiris kecik lok,kakya digoreng rangup,perah limo kasturi,hiris gik cabik padi,hidang ngan nasik panas2..Kakya tempuyak ngan pusuk mantak,cencaluk ngan ulam pun nunggu juak..diadun sekali dlm perut,perrggghhhh!!!!!nang best..Terubok punya pasal..tapi bait2 arr..tulangnya banyak eh..jgn sampai tercekik geruk k.. =p



Then,once udah di Sarawak,sapa jak la..Jgn sik merasa makanan org melanau tok..iaitu Umai..Umai ada 2-3 jenis..Umai Ikan(isi ikan),Umai Udang,Umai Obor2..Yang peliknya,siney ndak kah datang idea molah Umai obor2 owhh..Sik pandai juak nak jawab mun ada geng2 cnun(Semenanjung) nanyak kmk pasal ya..Camney cara molah ya sik pasti gilak..Nang generation mudak kurang nak amik tauk camney nak molah mkanan tradisi negeri dikpun eventhough makanan ya sesimple2nya mun nak dimasak..siapa nak belajar molah umai,sila rujuk kepada Dr Umai yg bertauliah ok..





Ok,now..Ayam Pansuh gik..Sapa sik pernah rasa Ayam Pansuh bah?adoiii..rugi besar!!nyumm..!!
Ayam Pansuh ya ialah masakan dalam buluh..Rasanya sedap n ada kuah..isi ayam n bahan2 lain digaul skali dalam buluh..hmmm..cerik lok..nyaman..mun sapa2 teringin,kmk rekemen tak org g kedai Lebuh 12,next to RHB Bank Simpang Tiga Kuching..kat sia ada jual..selamat menjamu selera..



Hah!!!nok tok sik boleh miss!!!!apa bah??Sayur Midin Belacan lerr...hehehehe...Simple jak cara molah tp rasanya nang superb lah geng!!!!mun kat TopSpot,tok menu wajib lah..spesis sayur paku,tapi midin tok kecik sikit sizenya n sik berbulu halus mcm sayur paku..sayur tok biasanya dimasak belacan,lom ada gik sejarah kita molah Sayur Midin sup ka..sayur midin tumis ngan sayur campor ka..hehehe..guro jak bah..mun Kerabu Midin,ada sik?



So,cukuplah lok setakat tok..kelak2 kita meeting kat ctok lgk ok..Maybe next time,kita bukak topik kueh tradisional gik ka..ok sik?orait then,jumpa lagi..take care!!!