November 15, 2011

Blog berwajah baru.tetap xpuas hati!

Hah..Camnilah blog aku terbaru.*terbaru la sangat*.malas nak pikir,malas nak godek,so lihatlah hasilnya.Ala,amik kat celah2 ni jugak.not bad aite? hehe..

Okay,sesapa yg tahu cara nak tukar templates/layout yg comel bleh la share kat kite.Nak jugak comel2 macam blog korang..*cara cepat dan mudah..xyah pening kepala.Sebab,terus terang nak bgtau nih..memang tak reti nak tukar.pantang dok dpn laptop lama2.terus juling mata ni haa..So,kepada sesapa yg sudi nak share templates/layout tu,hebah2 kat kite jugak yer..


Tq daun keladi..Daa..

November 11, 2011

Anugerah istimewa dariNya..

Semua org excited ngan tarikh keramat 11.11.11..Aku excited juak.Bukan excited apa,teringat cerita 6 tahun dolok..Mun diputar balit masa ke tahun 2005,waktu tok aku tengah nunggu hari nak beranak !! Kwangkwangkwang..Lamak dah ya.Sik berasa.Tapi semua ya ku masih ingat sampei nektok.

Nak dijadikan cerita,masa ya umo baruk 19 tahun.Tapi tanggungjawab yg bakal ku pikul,sangatlah besar.Masa ya perasaan happy,takut,cemas,sedih,excited semua ada.Benar2 menguji kesabaran.Dah makin dekat masa nak ditunggu,makin nervous rasa hati!Tapi aku byk muhasabah dirik,sedar akan dugaan Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

11.11.2005
- Check up macam biasa.Doktor berik assigment.Suruh aku monitor,brapa kali baby menendang sehari.hihi

17.11.2005
- Check up macam biasa.Amik darah.urgghh,hate it ! Doktor suruh pegi ke hospital.BP terlalu rendah (aku kurang rehat.malam2 susah nak lelap tdo).Then,xda papa.Balit umah,standby beg baby. =)

21.11.2005
- Birthday Mak yg ke 38 !! Aku masih aktif mcm biasa.Xda tanda-tanda nak melahirkan.Cuma baby jak la..Semakin kurang nak kicking.

22.11.2005
-(Pagi) Check up kat klinik macam biasa.Doktor berik greenlight pegi hospital.Sampei kat hospital,aku nunggu turn mcm biasa.Tapi kalitok,lain sikit environmentnya..Pusin kerek,makcik ya molah muka jaik.Nahan perut.Pusin kanan,Kakak ya udah lebur pecah air tuban !! Nok dudok depan aku,embak tapeh berdarah atas wheel chair.Allahuakbar!Lemah semangat ku nanggar..

-(Petang) Labour room dh full ! Dekat sejam,baruk ditunggah misi.Masuk kedalam tempat org scan baby.Doktor sik puas ati ngan heart beat baby.Terus pasang segala macam wayar kat perut.Gurin terlentang dekat nak 20 minit ! Mak aii..rasa nak patah pinggang aku..perut aku masa ya bukan kecik weyh,besar ! Hahahaha..
Resultnya,doktor kata baby aku xda kicking.Tido.Doktor suruh 'Check in' hospital malam ya.

-(Malam)Setiap 3 jam,misi dtg ngabas katil aku.Susah nak tido.Nak berloyar ngan org kerek kanan,semua org dh tido.Okay,aku sik tido sampai ke pagi.

23.11.2005
-(Pagi) Macam biasa.Doktor2 dtg ngabas.Mula-mula doktor kata boleh balit,tapi sik jadi coz baby dah sik kicking.Hmmm..Tauk2,aku kenak induced.Sakitnya,Allah jak tauk.Pusin kerek salah,kanan salah.Sabar.Istighfar byk2.

-(Petang) Masuk labour room.Air tuban aku diguntin.Sakit makin terasa.Tangan misi ku paut kuat2.Perut n pinggang makin memulas.Masyaallah..Lembik aku.Ditambah gik ngan aircond dlm bilit ya.Sejuk,sakit,lemah,haus,lapar semua ada masa ya..Adoi.Seksa.Nasib bait ada misi ya,curi2 berik aku minum air.Thank you..huhu.

-(7.30PM) Doktor n misi dh penuh dlm bilit aku.Semua kelengkapan dh sedia.Fewhh,lega.Masa ya,rasa nak nangis bila ngenang pengorbanan emak kita.Selama sidak mengandung,melahirkan serta membesarkan kita dgn segala kepayahan.Allahuakbar.Tapi aku mesti kuat.Kejap gik aku akan menempuh satu detik yang paling bermakna dalam hidup setiap manusia yang bakal bergelar Ibu.

-(7.45PM) Sekumpulan doktor pelatih dari UNIMAS masuk.Semua sidaknya nanggar proses aku nak bersalin.Malu?? Aku buang perasaan ya jauh2.Ku ingat,nyawa kmk duak beranak lebih penting masa ya.Misi bius bahagian paha sebelah kiri.Aku paut tgn misi.Jarum dkt tangan aku semakin membiru.Allah..Seksa..Zikir byk2..Sakit gilak eh.

-(7.55PM) Doktor kata,kepala baby dah nampak.Alhamdulillah,lega.Diguntin sikit kat bahagian sulit.Doktor suruh ikut arahan.Tarik nafas dalam2.Tahan.Hembus.Teran.Repeat 3 kali.Akhirnya,baby boy selamat dilahirkan.Alhamdulillah.

Berat 3.2kg,Panjang 51cm.Putih,sihat,cukup sifat & sangat comel.Muhammad Irfan namanya. =)

Kat rumah,berpantang mcm org lain juak.Banyak sedara mara,kawan-kawan datang ngabas.Semua dah tukar 'title'..Maklumlah,Irfan adalah cucu n cicit pertama dalam family (both family sebelah mak & bpk)..

Now,nya dah besar.Jadi teman kmk org berloyar.Cerdik n funny.Sik lamak gik birthday Mak n Irfan.Love them so much.Tahun depan Irfan masuk primary school. =)

Akhir kata,segala yg baik dtgnya dari Allah.Segala kelemahan dtg dari manusia itu sendiri.


Doa:
Ya Rabb kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk dan patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami ummat yang tunduk patuh kepada Engkau.

Ya Rabb ku, berilah untukku anak-anak yang shalih.

Ya Rabb,jadikanlah aku orang yang menegakkan solat dan juga anak-anakku. Ya Rabb ku, terimalah doaku.

Jauhkanlah aku dan anak keturunanku dari menyembah berhala.Amin.

July 25, 2011

Mutiara Kata

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku Kerana Allah Taala..

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR.Teman yang paling akrab adalah AMAL.Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM.Bahasa yang paling manis SENYUM.Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK. by Dato' Dr Hj. Mohamad Fadzhilah Kamsah..♥

Sudah lumrah manusia,berkata tentang org lain,tak kira baik atau buruk. Mungkin kita tidak tahu apa yg dimaksudkan dgn "Ghibah". Nescaya kita akan menjaga lisan sekiranya kita mengetahui dosanya. Sesungguhnya,Islam itu amatlah lengkap pengajarannya tentang akhlak. Sama ada kita hendak mempelajari,mengamalkan dan menyebarkannya atau tidak. ~ Sham Kamikaze

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”..~Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku Kerana Allah Taala..


"Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau." (Saidina Umar Al-Khattab) ♥

Allahumma, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil,dan aku beriindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.Amin..

Doa Ketika Tertimpa Musibah: [Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun. Allahumma ajirnii fii mushibatii, wakhluflii khairan minhaa]. "Sesungguhnya kita hanyalah milik Allah, dan hanya kepadaNya lah kita akan kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran bagiku dalam musibah yang menimpaku dan berikanlah aku ganti yang lebih baik darinya". (ShahihulJami'. Al-Albani: 5764)

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah:71)

Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela (104:1)

Sabda Rasulullah saw "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)

Dari Aisyah radhiyallahu ’anha beliau berkata: Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Barangsiapa rutin menegakkan sholat sunnah dua belas rakaat, maka Allah ta’aala akan membuatkan rumah baginya di surga, yaitu empat rakaat sebelum Zhuhur, dua rakaat sesudah Zhuhur, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isya dan dua rakaat sebelum Subuh.” (HR Tirmidzi 379)

Ya Allah, Engkaulah sumber kebahagiaan kami, Engkau yang menyembuhkan setiap luka dengan segenap cintaMu. aku mohon kepada Engkau Ya Allah, sembuhkanlah siapapun memiliki luka dihatinya. -Muhamad Agus Syafii _ Mukjizat solat dan doa.

Firman Allah Taala "...Kemudian apabila sampai ajal mereka, tiadalah dapat mereka meminta dikemudiankan sesaat pun dan tidak pula mereka dapat meminta didahulukan." (AnNahl:61)

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kelemahan, kemalasan, sikap pengecut, kebakhilan, kepikunan, dan azab kubur. Ya Allah, berikanlah diriku ketakwaannya dan sucikanlah ia, karena Engkaulah yang sebaik-baik yang menyucikannya, Engkaulah Penolong dan Pemiliknya.” (HR Muslim 4899)


Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Rasulullah SAW bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain”

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci”. Hadis Muslim

Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (Surah al Israk 27)

Omar bin Al-Khattab r.a ketika diatas mimbar, katanya: Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda: sesungguhnya segala amalan itu disertai dengan niat, dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatnya. Maka barangsiapa berhijrah kerana dunia mendapat habuannya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya maka hijrahnya kepada sesuatu yang ia berhijrah kepadanya. (AlBukhori:sohih)

"Kami menciptakan utk Jahanam byk jin dan manusia; mereka mpunyai hati, ttp tidak memahami dengannya; mereka m'punyai mata, ttp tidak melihat dgnnya; mereka mpunyai telinga, tetapi tidak m'dgr dengannya. Mereka adalah spt binatang ternak; tidak, ttp mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai."(7:179)Surah al jin

Sabda Rasulullah saw "Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk unta, mereka itu tidak akan masuk syurga" (Muslim)

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Rasulullah Sallallahu 'alaihiwasallam bersabda yang bermaksud : "Apabila seorang wanita solat 5 waktu, puasa 1 bulan (ramadhan) , menjaga kemaluannya (tidak berzina) , serta taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya : Masuklah ke dalam syurga melalui pintu mana yang kamu suka!" (hadis riwayat Ahmad dan tabrani)


Allah berfirman.Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Ahzab : 59)

Daripada Abu Hurairah R.A telah bersabda,Rasulullah SAW katanya ; " Kamu tidak akan memasuki syurga sehingga kamu beriman, dan kamu takkan beriman sehingga kamu berkasih sayang,apakah akan aku tunjukkan sekiranya kamu melakukan pasti sekali kamu akan berkasih sayang? Maka sebarkanlah salam diantara kamu", ~ Riwayat At-Tirmidzi dan Ibn Majah.

Firman Allah Taala "Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya kejalan kebaikan dan bertakwa mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya, serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)" (AlLail:17-21)

Sifat takut dianjurkan ialah takut kepada Allah bukan syaitan yang suka menakutkan manusia atau manusia yang suka menakutkan sesama manusia lain. ~Syekh Abd Rahman Al-Huzayfi (Imam Masjid an-Nabawi,Madinah)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”
Moral : Jangan Menghina Orang Lain,Sesungguhnya Allah SWT membenci perbuatan manusia yg suka merendah2kan serta menghina saudaranya yang lain..

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah.” Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat”. Riwayat Ahmad

Sabda Rasulullah saw "Celakalah orang yang memperbudakkan dirinya kepada wang dan harta. apabila diberi ia puas dan apabila tidak diberi ia gelisah" (Bukhori)

Sabda Rasulullah saw "Pelankanlah suaramu dalam berzikir dan berdoa, kerana kamu tidak memohon kepada Tuhan yang tuli dan ghaib" (Muslim)