Hye all!!! Hari ni,kita akan sambung sama seperti apa yg kita dah belajar sebelum ni..Jom kita tengok,perkataan apa pulak kita nak share kali ni..layan..
Loba - Melebih2/Over cth ayat : Iboh loba gilak (Jangan over sangat)
Nemiak/Nembiak - Kanak2/Budak2 cth ayat : Nemiak ya rajin (Budak itu rajin)
Bulak - Menipu/berbohong cth ayat : Kitak bulak kamek (Awak tipu saya)
Kepak - Lelah/Penat cth ayat : Adik dah kepak main guli (Adik dah penat main guli)
Berolah - Nakal cth ayat : Nemiak ya berolah gilak (Budak tu nakal sangat)
Leput/Pisan - Pengsan cth ayat : Nenek gugok alu pisan (Nenek terjatuh dan terus pengsan)
Camney/Giney - Camne/How cth ayat : Camney nak polah tok? (Mcm mana nak buat ni?)
Camtok/Gitok - Camni cth ayat : Camtok ceritanya... (Macam ni ceritanya...)
So,camney..senang sik? Kamek harap.kitak semua faham..And,insyaallah kelak2 kita akan perbanyakkan lagi perkataan2 baru ok..Selamat berjaya!!
Tauk Sik Kitak??? (Tahukah Anda)
=> Setiap perkataan2 yang mempunyai huruf 'R',cara sebutan nya sedikit berbeza.Bunyinya lebih kurang sama kita menyebut huruf jawi iaitu 'Ghain' dan bukan huruf 'Ra'..
Contoh : Sa.ra.wak - Sa.ra(gha).wak
Ru.mah - Ru(ghu).mah
Be.ra.pa - Be.ra(gha).pa
No comments:
Post a Comment