Wah..lama jugak rasanya tak update blog nih..Maklumlah,sibuk kerja..Apapun,alhamdulillah coz hari ni rasanya ada lapang sikit nak share kat u all semua bahasa kamek iaitu Bahasa Melayu Sarawak..Kalau sebelum ni,saya ada menyebut tentang penggunaan huruf 'K' disetiap hujung perkataan,kali ni,saya nak dedahkan pula perkataan yg lain..Bunyinya lebih kurang seperti Bahasa Melayu standard jugak cumanya ada lain sikit dr segi sebutannya..jom kita tengok,apa dia perkataan tersebut..
Pakuk - Paku
Dudok - Duduk
Urang - Orang
Sampei - Sampai
Pandei - Pandai
Pakei - Pakai
Kedei / Kede - Kedai
Dolok - Dulu
Berjuntei - Berjuntai
Rami2 - Ramai2
Nemu - Temu
Kaco - Kacau
Haa..lebih kurang mcm ni lah..Kepada teman2,kalu ada soalan nak tnya berkaitan penggunaan ayat atau cara nk bertutur ni,bleh tanya saya..Saya sedia membantu..k..
***************************************
Tauk Sik Kitak??? (Tahukah Anda??)
1) Manok - Ayam..
Dalam penggunaan ayat samada secara lisan atau bertulis,perlu diingatkan bahawa hanya sesetengah ayat sahaja menggunakan perkataan 'Manok'..Selebihnya,kita masih menggunakan perkataan 'Ayam'..
Contoh A : Manok goreng,Manok kolok,Anak manok,Telor manok,Bulu manok,Manok cincang,Rumah Manok
Contoh B : Nasi Ayam (Betul) -
Kaki Ayam (tidak berselipar)(betul) -
Nasi Ayam Penyet (Betul) -
2) Ikan Pusuk - Ikan Bilis
Sama seperti 'Manok',perkataan ikan pusuk juga hanya diguna untuk sesetengah ayat/pertuturan sahaja..
Contoh A : Ikan pusuk goreng,Ikan pusuk mantak(mentah)
Contoh B : Nasi goreng ikan bilis (Betul) - Nasi goreng pusuk (Salah)
Sambal ikan bilis (Betul) - Sambal pusuk (Salah)
3) Sesar - Udang
Udang Kering tidak disebut sebagai Sesar Kering..Malah,kita juga menyebutnya sebagai Udang Kering!!Udang terbahagi kepada kepada 3 kategori iaitu Udang kering,Sesar dan Bubok.
Contoh 1 : Sesar Unjur (sejenis udang kering,hanya terdapat di Mukah.Tetapi rasanya tidak masin dan lebih besar dan panjang berbanding udang kering yang biasa)
Contoh 2 : Bubok (sejenis udang - plankton. Biasanya akan digunakan untuk membuat cencalu)
Bubok kering (Biasanya diguna dalam masakan sepeti,cucur bubok,tumisan sayur dll)
***Nantikan topik yg lebih menarik,jom kita berpantun serawak!!!
No comments:
Post a Comment