April 22, 2011

Dabai vs Mengkalak

Salam semua,

Pernah tak nampak buah ni? Kalau nak tahu,ini namanya Buah Dabai (gambar atas),dan Buah Mengkalak atau Engkalak (gambar bawah).

Buah Dabai dan buah Engkalak yang merupakan buahan bermusim yang menjadi kegemaran masyarakat di Sarawak terutamanya masyarakat MelayuMelanau dan Iban.
Buah dabai dan buah engkalak ini sukar ditemui di Kuching dan kebanyakannya dibawa masuk dari Sibu, Sarikei atau Bintangor. Buah dabai dan buah engkalak ini lazimnya menjadi juadah makan tengahari atau malam bagi masyarakat di Sarawak terutamanya di Sibu, Sarikei,KapitSongBintangorMukahOyaIgan dan sebagainya.

Kedua buah tersebut memang mudah untuk disediakan iaitu dengan merendamkannya ke dalam air sederhana panas untuk beberapa minit sehingga ia menjadi lembut dan kemudian ditoskan airnya lalu dicampur dengan sedikit garam dan ia sudah sedia untuk di makan. Bagi sesetengah individu buah dabai lebih enak dimakan dengan kicap dan buah ini sering diproses untuk dijadikan jeruk dabai.
Dan,apa yang bestnya Buah Dabai ni kan,bijinya boleh direbus sekejap,kemudian diketuk dgn anak lesung untuk mendapatkan isinya..Bahagian isinya pulak,boleh dimakan begitu saja kerana rasanya enak seperti kacang..
Hmmm...kalau betul nak rasa kedua2 buah ni,meh la singgah ke tempat kamek (Sarawak)..Sebab sekarang ni,dah musimnya si buah dabai nih..Jangan ketinggalan tau..Selamat mencuba...


**Kelak ada topik nok lagik best..maok tauk apa ya?? Tunggu......

5 comments:

  1. emmm...nyaman tol tumpik ya..
    kat Giant ada jual sik?

    ReplyDelete
  2. Aie..ney ada kat Giant..kat Kafe AwrA ada lah..

    ReplyDelete
  3. penah mkn nasi grg dabai... :)
    buah engkalak blom try...cmney rsa ya ow??

    ReplyDelete
  4. mun nak try camney rasa engkalak or dabey,dtg ctok..time tok dh musimnya.. =p

    ReplyDelete
  5. hehe,,mmg dah ada sitok tp blom try mkn lg buah engkalak tu...

    ReplyDelete