Jom semua,saya ingin memperkenalkan kepada anda semua bahasa ibunda saya,iaitu Melayu Sarawak.Di Sarawak,terdapat beberapa etnik yg berbilang kaum dan bangsa.Cara pertuturan kami juga sedikit berbeza.Apa yang pasti,bahasa Melayu Sarawak menjadi bahasa ibunda kerana ia sangat mudah difahami dan dipelajari.Tetapi perlu diingatkan bahawa kali ini saya hanya mengajar asas Bahasa Melayu Sarawak sahaja..Insyaallah pada masa akan datang,saya akan memperkenalkan kepada anda semua bahasa etnik yang lain pula.Saya berbesar hati sekiranya anda semua sudi berkongsi minat dan hobi bersama saya.Selamat berjaya!!!
Kamek - Saya cth ayat : Kamek suka makan Laksa Sarawak.
Kitak - Awak/Kamu cth ayat : Kitak suka makan apa?
Nya - Dia cth ayat : nya dah kenyang makan nasi.
Polah - Buat cth ayat : Kamek polah kerja rumah.
Juak - Jugak cth ayat : Kitak pun boleh belajar juak!!
Kenak - Kenapa cth ayat : Kenak kitak demam?
Sik - Tidak/Tak cth ayat : Kamek sik berapa kenal kitak.
Tauk - Tahu cth ayat : Kitak tauk sik resipi nasik ayam?
Setakat hari ini,saya mengajar yg simple2 jer ok..insyaallah,esok kamk boleh ajar kitak semua lagi..daaaa...
No comments:
Post a Comment