"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." ~Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku Kerana Allah Taala..
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR.Teman yang paling akrab adalah AMAL.Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM.Bahasa yang paling manis SENYUM.Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK. by Dato' Dr Hj. Mohamad Fadzhilah Kamsah..♥
Sudah lumrah manusia,berkata tentang org lain,tak kira baik atau buruk. Mungkin kita tidak tahu apa yg dimaksudkan dgn "Ghibah". Nescaya kita akan menjaga lisan sekiranya kita mengetahui dosanya. Sesungguhnya,Islam itu amatlah lengkap pengajarannya tentang akhlak. Sama ada kita hendak mempelajari,mengamalkan dan menyebarkannya atau tidak. ~ Sham Kamikaze
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”..~Solatku, Ibadatku, Hidupku & Matiku Kerana Allah Taala..
"Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau." (Saidina Umar Al-Khattab) ♥
Allahumma, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil,dan aku beriindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.Amin..
Doa Ketika Tertimpa Musibah: [Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun. Allahumma ajirnii fii mushibatii, wakhluflii khairan minhaa]. "Sesungguhnya kita hanyalah milik Allah, dan hanya kepadaNya lah kita akan kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran bagiku dalam musibah yang menimpaku dan berikanlah aku ganti yang lebih baik darinya". (ShahihulJami'. Al-Albani: 5764)
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah:71)
Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela (104:1)
Sabda Rasulullah saw "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)
Dari Aisyah radhiyallahu ’anha beliau berkata: Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Barangsiapa rutin menegakkan sholat sunnah dua belas rakaat, maka Allah ta’aala akan membuatkan rumah baginya di surga, yaitu empat rakaat sebelum Zhuhur, dua rakaat sesudah Zhuhur, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isya dan dua rakaat sebelum Subuh.” (HR Tirmidzi 379)
Ya Allah, Engkaulah sumber kebahagiaan kami, Engkau yang menyembuhkan setiap luka dengan segenap cintaMu. aku mohon kepada Engkau Ya Allah, sembuhkanlah siapapun memiliki luka dihatinya. -Muhamad Agus Syafii _ Mukjizat solat dan doa.
Firman Allah Taala "...Kemudian apabila sampai ajal mereka, tiadalah dapat mereka meminta dikemudiankan sesaat pun dan tidak pula mereka dapat meminta didahulukan." (AnNahl:61)
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kelemahan, kemalasan, sikap pengecut, kebakhilan, kepikunan, dan azab kubur. Ya Allah, berikanlah diriku ketakwaannya dan sucikanlah ia, karena Engkaulah yang sebaik-baik yang menyucikannya, Engkaulah Penolong dan Pemiliknya.” (HR Muslim 4899)
Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Rasulullah SAW bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain”
Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci”. Hadis Muslim
Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (Surah al Israk 27)
Omar bin Al-Khattab r.a ketika diatas mimbar, katanya: Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda: sesungguhnya segala amalan itu disertai dengan niat, dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatnya. Maka barangsiapa berhijrah kerana dunia mendapat habuannya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya maka hijrahnya kepada sesuatu yang ia berhijrah kepadanya. (AlBukhori:sohih)
"Kami menciptakan utk Jahanam byk jin dan manusia; mereka mpunyai hati, ttp tidak memahami dengannya; mereka m'punyai mata, ttp tidak melihat dgnnya; mereka mpunyai telinga, tetapi tidak m'dgr dengannya. Mereka adalah spt binatang ternak; tidak, ttp mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai."(7:179)Surah al jin
Sabda Rasulullah saw "Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk unta, mereka itu tidak akan masuk syurga" (Muslim)
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Rasulullah Sallallahu 'alaihiwasallam bersabda yang bermaksud : "Apabila seorang wanita solat 5 waktu, puasa 1 bulan (ramadhan) , menjaga kemaluannya (tidak berzina) , serta taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya : Masuklah ke dalam syurga melalui pintu mana yang kamu suka!" (hadis riwayat Ahmad dan tabrani)
Allah berfirman.Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Ahzab : 59)
Daripada Abu Hurairah R.A telah bersabda,Rasulullah SAW katanya ; " Kamu tidak akan memasuki syurga sehingga kamu beriman, dan kamu takkan beriman sehingga kamu berkasih sayang,apakah akan aku tunjukkan sekiranya kamu melakukan pasti sekali kamu akan berkasih sayang? Maka sebarkanlah salam diantara kamu", ~ Riwayat At-Tirmidzi dan Ibn Majah.
Firman Allah Taala "Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya kejalan kebaikan dan bertakwa mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya, serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)" (AlLail:17-21)
Sifat takut dianjurkan ialah takut kepada Allah bukan syaitan yang suka menakutkan manusia atau manusia yang suka menakutkan sesama manusia lain. ~Syekh Abd Rahman Al-Huzayfi (Imam Masjid an-Nabawi,Madinah)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”
Moral : Jangan Menghina Orang Lain,Sesungguhnya Allah SWT membenci perbuatan manusia yg suka merendah2kan serta menghina saudaranya yang lain..
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah.” Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat”. Riwayat Ahmad
Sabda Rasulullah saw "Celakalah orang yang memperbudakkan dirinya kepada wang dan harta. apabila diberi ia puas dan apabila tidak diberi ia gelisah" (Bukhori)
Sabda Rasulullah saw "Pelankanlah suaramu dalam berzikir dan berdoa, kerana kamu tidak memohon kepada Tuhan yang tuli dan ghaib" (Muslim)
No comments:
Post a Comment