Tulang Rapuh (Osteoporosis)
Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.
Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen ( serat elastik yang kuat ) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik.
Tulang yang dibaiki dan diperteguhkan dengan pelbagai zat protien dan mineral yang diserap dari saluran darah. Ini termasuk kalsium , fosporus, protien dan juga asid amino . Hormon pertumbuhan dan hormon seks mengawal jumlah mendapan bahan mineral dalam tulang. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopos, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.
Tanda dan Gejala
Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul. Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan.
Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang) , perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.
Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan; bagi setengah warga usia emas mereka tidak boleh hidup berikut kecederaan. Sesetengah warga emas tidak boleh hidup berdikari jika mengalami kecederaan.
Bongkok yang biasa berlaku di kalangan warga usia emas adalah satu gejala osteoporosis. Ia berlaku apabila tulang vertebra patah ( atau pecah ) membuatkan susah untuk menyokong berat badan.
Sebab-Sebab
Tulang tebal dan kuat semasa remaja. Pada sekitar umur 35 tahun, lebih banyak tisu tulang yang hilang daripada yang diganti. Ini menyebabkan tulang menjadi nipis dan lemah. Orang yang kerap melakukan senaman semasa muda, dan masih aktif semasa berumur, kurang risiko mendapat osteoporosis, kerana tulang masih kuat. Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis:
Wanita berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis berbanding lelaki. Ini disebabkan penurunan hormon oestrogen selepas menopos. Wanita berisiko tinggi apabila :
- Mengalami menopos awal sebelum umur 45 tahun.
- Menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan organ rahim) sebelum berusia 45 tahun , terutama jika ovari dibuang sekali.
- Tidak datang haid dalam jangkamasa lama ( lebih dari 6 bulan) disebabkan senaman berlebihan atau makan berlebihan
Hormon lelaki , iaitu testosterone juga menolong menjadikan tulang sihat. Lelaki menghasilkan hormon secara berterusan walaupun usia lanjut, tetapi berisiko mendapat osteoporosis jika paras hormon rendah.
Penyakit hormon-penghasilan kelenjar boleh menyebabkan osteoporosis. Hormon wanita , estrogen , dan hormon lelaki, testosteron adalah penting untuk menjadikan tulang kuat, dengan memproseskan mineral seperti kalsium. Osteoporosis boleh tercetus oleh penyakit melibatkan hormon, termasuk :
- Hipertiroidism (kelenjar tiroid yang sangat aktif).
- Gangguan kelejar adrenal. Dalam Sindrom Cushing, penghasilan berlebihan kortisol (hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal) menyebabkan osteoporosis.
- Kurang pengeluaran hormon seks ( estrogen dan testosteron).
- Gangguan di kelenjar pituitari dan,
- Kencing manis.
- Sejarah osteoporosis di kalangan keluarga yang terdekat (ibu bapa).
- Tidak aktif dalam jangkamasa lama seperti rehat di atas katil.
- Kerap mengambil minuman keras dan merokok.
- Gangguan penyerapan seperti ' Coeliac disease' (penyakit seliak) dan Crohn's disease (penyakit crohn).
- Penggunaan ubat berdos tinggi bagi rawatan korti kosteroid bagi tempoh yang lama (selalunya digunakan bagi rawatan arthritis dan asma) boleh memberi kesan kepada kekuatan tulang.
- Kekurangan kalsium .
- Paras rendah vitamin D.
- Jisim badan yang sangat rendah (contoh, berat badan yang kurang atau mempunyai tulang yang menipis akibat kecelaruan gaya pemakanan)
Diagnosa
Osteoporosis selalunya tidak didiagnosakan sehinggalah tulang lemah dan menyebabkan tulang patah. Sinaran x tidak boleh memberi ukuran jisim tulang yang betul, tetapi boleh mengenalpasti kepatahan tulang belakang. Kepadatan tulang dapat dilihat melalui scan, dipanggil ' dual energy X-ray absorptiometry (DEXA) scan', digunakan untuk mengukur kepadatan tulang dan dapat membandingkannya dengan yang normal. Ujian ini menyukat/mengukur kekuatan tulang serta risiko kepatahan
Komplikasi
Osteoporosis menyebabkan kurang ketinggian badan, akibat kepatahan tulang belakang (spinal ). Ini bermakna tulang belakang tidak lagi mampu untuk menyokong berat badan, dan menyebabkan bentuk badan yang sedikit membongkok . Kebiasaannya kemalangan kecil boleh menyebabkan patah atau rentak di pergelangan tangan , lengan, leher atau tulang pinggul.
Sesetengah orang menjadi tidak berupaya kesan daripada tulang yang lemah. Penggantian semula tulang pinggul selalunya diperlukan sekiranya ia patah, dan ini akan menyebabkan pesakit tidak mampu berjalan sendiri. Walaupun osteoporosis tidak memendekkan jangka hayat manusia, ketidakupayaan bergerak sendiri menjadi sebab utama kemasukan ke rumah penjagaan.
Rawatan
Ada beberapa rawatan yang disediakan untuk osteoporosis:
- Terapi gantian hormon (Hormone Replacement Therapy) terapi ini membantu wanita yang bakal menopos dengan mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kepatahan tulang sepanjang rawatan. Walau bagaimapun pun HRT tidak selalu disyorkan sebagai rawatan pertama osteoporosis kerana mampu meningkatkan risiko mendapat strok, sakit jantung dan juga kanser payu dara. Anda perlu berbincang dengan doktor mengenai kebaikan dan risiko HRT.
- Rawatan testosteron sangat berguna kepada lelaki yang dikaitkan dengan oateoporosis kesan daripada kekurangan penghasilan hormon seks lelaki.
- Bisfosfohat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Kadar sel osteoklas pecah akan direndahkan manakala proses penghasilan akan meningkat.
- Bisfosfonat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Kadar sel osteoklas akan direndahkan bagi mengurangkan kerapuhan tulang manakala proses penghasilan akan meningkat.
- Kalsitonin adalah hormon yang dihasilkan dari kelenjar tiroid menghalang sel yang memecahkan tulang.
- Kalsium dan vitamin D tambahan amat berguna untuk lelaki dan wanita bagi mengelakkan risiko kepatahan tulang pinggul. Mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan semasa muda sangatlah penting bagi mengurangkan risiko terutama wanita. Anda perlu 1000mg kalsium setiap hari bersamaan dengan segelas susu. Sekiranya anda tidak mendapat kalsium yang cukup dalam pemakanan harian tanyalah doktor anda untuk mendapatkan nasihat pengambilan supplemen kalsium.
- Selective Estrogen Receptor Modulators (SERMs) adalah ubatan yang mempunyai kesan yang sama terhadap keupayaan tulang dan mengurangkan risiko kepatahan terutama tulang belakang.
Pencegahan
Gen anda menentukan potensi ketinggian dan kekuatan rangka anda. Walau bagaimana pun, amalan cara hidup yang sihat, seperti pemakanan dan senaman boleh mempengaruhi kesihatan tulang anda. Mengamalkan cara hidup sihat melambatkan berlakunya kejadian osteoporosis dan tulang lambat menjadi rapuh. Senaman yang berkala amat diperlukan. Cuba lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu.
Dua jenis senaman yang penting untuk mengukuhkan kepadatan tulang bagi mencegah osteoporosis - senaman menggunakan pemberat dan senaman yang berterusan. Senaman penampung berat adalah senaman melibatkan kaki yang ditampung oleh berat badan sendiri. Bagi remaja senaman lompat tinggi menggunakan pemberat adalah sesuai. Jogging, lompat tali (skipping), menari aerobik dan melompat atas dan bawah ( up and down ) baik untuk kekuatan tulang.
Bagi mereka yang berusia , senaman ringan dan selamat, seperti berjalan , main tenis , berenang amat berguna tapi bukan senaman yang menggunakan pemberat. Untuk orang yang lebih tua , senaman menggunakan pemberat yang sederhana perlu bersesuaian dan selamat, seperti berjalan perlahan, kelas mengekalkan kecergasan , menaiki tangga 10 kali sehari, permainan tenis yang sederhana.
Berenang dan berbasikal bukanlah aktiviti senaman penampung berat. Senaman ketahanan adalah penggunaan kekuatan otot. Tarikan tendon pada tulang mampu meningkatkan kekuatan tulang. Sebagai contoh , tekan tubi, angkat berat atau menggunakan peralatan berat di gimnasium. Juga termasuk senaman mudah seperti mengangkat tin mengandungi makanan yang membantu menguatkan tulang di pergelangan tangan.
Amalan cara hidup yang boleh membantu mencegah osteoporosis termasuk:
- makan makanan yang mengandungi zat kalsium yang tinggi - sekurang-kurangnya 1,000 mg sehari.
- berhenti merokok -menghisap rokok berkaitan dengan peningkatan risiko osteoporosis.
- hadkan jumlah pengambilan minuman alkohol. Disyorkan had 21 unit seminggu untuk lelaki dan 14 unit untuk wanita.
Mereka yang berusia dengan tulang yang rapuh boleh melakukan sesuatu bagi mengurangkan risiko tulang retak atau patah. Satu tindakan yang baik untuk memeriksa dan mengenalpasti perkara yang mendedahkan anda kepada bahaya seperti lingkaran wayar . Pastikan anda sentiasa memeriksa tahap penglihatan dan pendengaran. Sesetengah warga emas memakai pelindung khas pada pinggul untuk mengelakkan kecederaan semasa jatuh.
Kumpulan Sokongan
Persatuan Menopos Malaysia
Persatuan Ortopedik Malaysia
Persatuan Osteoporosis Malaysia
No comments:
Post a Comment