May 22, 2011

Bahasa Kamek..



Penjan - Tingkap


Puah - Rapuh


Nekik - Panjat


Embak - Bawa


Engkah - Letak


Umas - Rimas


Dibah - Bawah


Jerak - Serik


Ngintu/Ngengon - Jaga/Menjaga (Cth ayat : Kamek sik dapat pegi siney2..xda org ngintu anak buah kmk kat rumah)


Uja / Nguja - Cuba / Mencuba



Tauk sik kitak??

Ha..Perkataan-perkataan nok kat sitok semua antik2..ada nok masih dipakei ada nok sik di pakey agik..Jarang dah nengar word tok dipakey k klakar seharian..Apapun,masih juak dipakei oleh sesetengah org disitok..


Lang - Pintu


Telok - Bilik


Kumbuk - Selimut


Taber - Tirai


Kalas - Merah Jambu / Pink


Kodok - Ungu / Purple


Gadong - Hijau





May 17, 2011

Tulang Rapuh (Osteoporosis)

Tulang Rapuh (Osteoporosis)

Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.


Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen ( serat elastik yang kuat ) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik. 


Tulang yang dibaiki dan diperteguhkan dengan pelbagai zat protien dan mineral yang diserap dari saluran darah. Ini termasuk kalsium , fosporus, protien dan juga asid amino . Hormon pertumbuhan dan hormon seks mengawal jumlah mendapan bahan mineral dalam tulang. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopos, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.


Tanda dan Gejala


Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul. Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan.


Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang) , perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.


Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan; bagi setengah warga usia emas mereka tidak boleh hidup berikut kecederaan. Sesetengah warga emas tidak boleh hidup berdikari jika mengalami kecederaan.


Bongkok yang biasa berlaku di kalangan warga usia emas adalah satu gejala osteoporosis. Ia berlaku apabila tulang vertebra patah ( atau pecah ) membuatkan susah untuk menyokong berat badan.


Sebab-Sebab


Tulang tebal dan kuat semasa remaja. Pada sekitar umur 35 tahun, lebih banyak tisu tulang yang hilang daripada yang diganti. Ini menyebabkan tulang menjadi nipis dan lemah. Orang yang kerap melakukan senaman semasa muda, dan masih aktif semasa berumur, kurang risiko mendapat osteoporosis, kerana tulang masih kuat. Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis:
Wanita berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis berbanding lelaki. Ini disebabkan penurunan hormon oestrogen selepas menopos. Wanita berisiko tinggi apabila :
  • Mengalami menopos awal sebelum umur 45 tahun.
  • Menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan organ rahim) sebelum berusia 45 tahun , terutama jika ovari dibuang sekali.
  • Tidak datang haid dalam jangkamasa lama ( lebih dari 6 bulan) disebabkan senaman berlebihan atau makan berlebihan
    Hormon lelaki , iaitu testosterone juga menolong menjadikan tulang sihat. Lelaki menghasilkan hormon secara berterusan walaupun usia lanjut, tetapi berisiko mendapat osteoporosis jika paras hormon rendah.
Penyakit hormon-penghasilan kelenjar boleh menyebabkan osteoporosis. Hormon wanita , estrogen , dan hormon lelaki, testosteron adalah penting untuk menjadikan tulang kuat, dengan memproseskan mineral seperti kalsium. Osteoporosis boleh tercetus oleh penyakit melibatkan hormon, termasuk :
  • Hipertiroidism (kelenjar tiroid yang sangat aktif).
  • Gangguan kelejar adrenal. Dalam Sindrom Cushing, penghasilan berlebihan kortisol (hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal) menyebabkan osteoporosis.
  • Kurang pengeluaran hormon seks ( estrogen dan testosteron).
  • Gangguan di kelenjar pituitari dan,
  • Kencing manis.
Fakta-fakta lain yang akan meningkatkan risiko mendapat osteoporosis termasuk:
  • Sejarah osteoporosis di kalangan keluarga yang terdekat (ibu bapa).
  • Tidak aktif dalam jangkamasa lama seperti rehat di atas katil.
  • Kerap mengambil minuman keras dan merokok.
  • Gangguan penyerapan seperti ' Coeliac disease' (penyakit seliak) dan Crohn's disease (penyakit crohn).
  • Penggunaan ubat berdos tinggi bagi rawatan korti kosteroid bagi tempoh yang lama (selalunya digunakan bagi rawatan arthritis dan asma) boleh memberi kesan kepada kekuatan tulang.
  • Kekurangan kalsium .
  • Paras rendah vitamin D.
  • Jisim badan yang sangat rendah (contoh, berat badan yang kurang atau mempunyai tulang yang menipis akibat kecelaruan gaya pemakanan)


Diagnosa


Osteoporosis selalunya tidak didiagnosakan sehinggalah tulang lemah dan menyebabkan tulang patah. Sinaran x tidak boleh memberi ukuran jisim tulang yang betul, tetapi boleh mengenalpasti kepatahan tulang belakang. Kepadatan tulang dapat dilihat melalui scan, dipanggil ' dual energy X-ray absorptiometry (DEXA) scan', digunakan untuk mengukur kepadatan tulang dan dapat membandingkannya dengan yang normal. Ujian ini menyukat/mengukur kekuatan tulang serta risiko kepatahan   


Komplikasi


Osteoporosis menyebabkan kurang ketinggian badan, akibat kepatahan tulang belakang (spinal ). Ini bermakna tulang belakang tidak lagi mampu untuk menyokong berat badan, dan menyebabkan bentuk badan yang sedikit membongkok . Kebiasaannya kemalangan kecil boleh menyebabkan patah atau rentak di pergelangan tangan , lengan, leher atau tulang pinggul.


Sesetengah orang menjadi tidak berupaya kesan daripada tulang yang lemah. Penggantian semula tulang pinggul selalunya diperlukan sekiranya ia patah, dan ini akan menyebabkan pesakit tidak mampu berjalan sendiri. Walaupun osteoporosis tidak memendekkan jangka hayat manusia, ketidakupayaan bergerak sendiri menjadi sebab utama kemasukan ke rumah penjagaan.
Rawatan 
Ada beberapa rawatan yang disediakan untuk osteoporosis:
  • Terapi gantian hormon (Hormone Replacement Therapy) terapi ini membantu wanita yang bakal menopos dengan mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kepatahan tulang sepanjang rawatan. Walau bagaimapun pun HRT tidak selalu disyorkan sebagai rawatan pertama osteoporosis kerana mampu meningkatkan risiko mendapat strok, sakit jantung dan juga kanser payu dara. Anda perlu berbincang dengan doktor mengenai kebaikan dan risiko HRT.
  • Rawatan testosteron sangat berguna kepada lelaki yang dikaitkan dengan oateoporosis kesan daripada kekurangan penghasilan hormon seks lelaki.
  • Bisfosfohat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Kadar sel osteoklas pecah akan direndahkan manakala proses penghasilan akan meningkat.
  • Bisfosfonat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Kadar sel osteoklas akan direndahkan bagi mengurangkan kerapuhan tulang manakala proses penghasilan akan meningkat.
  • Kalsitonin adalah hormon yang dihasilkan dari kelenjar tiroid menghalang sel yang memecahkan tulang.
  • Kalsium dan vitamin D tambahan amat berguna untuk lelaki dan wanita bagi mengelakkan risiko kepatahan tulang pinggul. Mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan semasa muda sangatlah penting bagi mengurangkan risiko terutama wanita. Anda perlu 1000mg kalsium setiap hari bersamaan dengan segelas susu. Sekiranya anda tidak mendapat kalsium yang cukup dalam pemakanan harian tanyalah doktor anda untuk mendapatkan nasihat pengambilan supplemen kalsium.
  • Selective Estrogen Receptor Modulators (SERMs) adalah ubatan yang mempunyai kesan yang sama terhadap keupayaan tulang dan mengurangkan risiko kepatahan terutama tulang belakang.
Pencegahan


Gen anda menentukan potensi ketinggian dan kekuatan rangka anda. Walau bagaimana pun, amalan cara hidup yang sihat, seperti pemakanan dan senaman boleh mempengaruhi kesihatan tulang anda. Mengamalkan cara hidup sihat melambatkan berlakunya kejadian osteoporosis dan tulang lambat menjadi rapuh. Senaman yang berkala amat diperlukan. Cuba lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu.


Dua jenis senaman yang penting untuk mengukuhkan kepadatan tulang bagi mencegah osteoporosis - senaman menggunakan pemberat dan senaman yang berterusan. Senaman penampung berat adalah senaman melibatkan kaki yang ditampung oleh berat badan sendiri. Bagi remaja senaman lompat tinggi menggunakan pemberat adalah sesuai. Jogging, lompat tali (skipping), menari aerobik dan melompat atas dan bawah ( up and down ) baik untuk kekuatan tulang. 


Bagi mereka yang berusia , senaman ringan dan selamat, seperti berjalan , main tenis , berenang amat berguna tapi bukan senaman yang menggunakan pemberat. Untuk orang yang lebih tua , senaman menggunakan pemberat yang sederhana perlu bersesuaian dan selamat, seperti berjalan perlahan, kelas mengekalkan kecergasan , menaiki tangga 10 kali sehari, permainan tenis yang sederhana.


Berenang dan berbasikal bukanlah aktiviti senaman penampung berat. Senaman ketahanan adalah penggunaan kekuatan otot. Tarikan tendon pada tulang mampu meningkatkan kekuatan tulang. Sebagai contoh , tekan tubi, angkat berat atau menggunakan peralatan berat di gimnasium. Juga termasuk senaman mudah seperti mengangkat tin mengandungi makanan yang membantu menguatkan tulang di pergelangan tangan.


Amalan cara hidup yang boleh membantu mencegah osteoporosis termasuk:
  • makan makanan yang mengandungi zat kalsium yang tinggi - sekurang-kurangnya 1,000 mg sehari.
  • berhenti merokok -menghisap rokok berkaitan dengan peningkatan risiko osteoporosis.
  • hadkan jumlah pengambilan minuman alkohol. Disyorkan had 21 unit seminggu untuk lelaki dan 14 unit untuk wanita.
Mereka yang berusia dengan tulang yang rapuh boleh melakukan sesuatu bagi mengurangkan risiko tulang retak atau patah. Satu tindakan yang baik untuk memeriksa dan mengenalpasti perkara yang mendedahkan anda kepada bahaya seperti lingkaran wayar . Pastikan anda sentiasa memeriksa tahap penglihatan dan pendengaran. Sesetengah warga emas memakai pelindung khas pada pinggul untuk mengelakkan kecederaan semasa jatuh.


Kumpulan Sokongan
Persatuan Menopos Malaysia
Persatuan Ortopedik Malaysia
Persatuan Osteoporosis Malaysia

May 07, 2011

Camne cara nak bertutur Melayu Sarawak bah?

Haritok,word yg simple2 jak..coz lepas tok kita akan belajar bertutur dalam bahasa sarawak plak k..

Aok - Ya
Maok - Nak
Marek - Semalam
Dolok 1 - Dahulu (past tense)
Dolok 2 - Dulu ( present tense)
Lawa - Sombong
Engkah - Letak
Kempang - Tergamak,Sampai hati..
Piluk ati - Pilu hati
Tapeh - Kain sarung
Ruboh - Roboh
Layap - Leka
Lebur laur - Basah kuyup
Sik kongang - Tak larat
Sesah kain - Cuci kain
Tudong sarang - Tudung saji
Berinsut - Beralih,berganjak
Jujoh - Meleleh (air liur)
Raon - Ronda

Contoh soalan dan jawapan basic yg biasa diguna dalam dialog:

S : Sapa nama kitak?
J : Nama kamek...

S : Apa polah kitak katok/haritok/kelak? (Apa awak buat kejap g ../ harini / kelak?)
J : Sik ada polah apa2..Kamek diam dirumah jak haritok.sik pergi sinei2..kenak kah? (xde buat apa2..Saya dok kat umah jer harini..Takde g mana2..)

S : Kitak anak siapa?
J : Kamek anak Pak Asan ngan Mak Senah

S : Kitak pernah sik datang Kuching?
J : Sik pernah,kelak kamek pegi sia.

S : Kenak adik kitak nangis?
J : Owh..nya nak makan nasik

S : Kitak suka sik makan Mi Kolok?
J : Suka..kamek pernah cerik Mi Kolok. (Suka..Saya pernah rasa Mi Kolok)

S : Dolok kitak sekolah siney? (Dulu awak sekolak kat mana?)
J : Dolok kamek sekolah....

S : Siney kitak diam bah? (Katne awak tinggal?)
J : Kamek diam kat ...

S : Kitak tolong ambik buku kamek,boleh sik?
J : Aok,boleh.Siney buku kitak?
S: Kamek engkah kat atas meja..coba kita diat,ada sik? (Saya letak kat atas meja,cuba tengok,ada tak?)
J : ooo..Aok..ada sitok..katok kamek merik kitak. (ooo..ya..ada kat sini.kejap g saya beri kat awak)

May 05, 2011

Doa buat ibu tersayang..

Tiada kata,puisi atau bait2 lagu yang sehebat doa untuk Ibu.Bukankah kaum ini dianggap sebagai insan paling lemah berbanding lelaki? Tetapi,sangkaan itu semua ternyata tidak benar.Sungguh,Ibu hanyalah wanita biasa..Namun kecekalan dan ketabahan hati mereka ini cukup luar biasa.Ibu yang melahirkan kita ternyata hanya satu.Tiada penganti,itu yang pasti.Berkorban apa sahaja demi keluarga tercinta.Dari saat mengandung,melahirkan,menjaga,melindungi,membesarkan serta mendidik anak-anak sehingga berjaya.Pengorbanan seorang ibu tidak ternilai harganya.Sifat penyayang yang ada tidak pernah luntur dan berbelah bagi.Susah dan senang ditempuh dengan sebijaknya.Begitulah indahnya kuasa Allah SWT yang menciptakan Kaum Hawa dimuka bumi ini.

Sempena Hari Ibu ini,saya mengambil kesempatan ini untuk mendedikasikan doa ini kepada semua Ibu-ibu dan wanita yang berada dimana2 pun jua,terutamanya kepada Bonda yang dikasihi,Puan Nurmala & Puan Nurlela Hj Salleh.Semoga segala jasa dan pengorbanan mu dibalas dengan kebaikan oleh Allah SWT di dunia & akhirat..Amin..


Akhir kata,kepada sedara mara,ibu2,bakal ibu dan teman2 sekalian,Selamat Menyambut Hari Ibu..Jadilah ibu mithali dan isteri solehah..


Saudara Kembar,Nurlela dan Nurmala Hj Salleh

Doa Buat Ibu

Allahummaghfirlaha Ya Allah ampunilah dia..Ibuku tercinta

Warhamha..Sayangilah dia
Wa’afiha..Tinggikanlah derajatnya
Wa’fu’anha..Maafkanlah dia
Wa laa tahrim ajroha.. Jangan halangi balasan pahala untuknya
Wa laa taftinna ba’daha.. Jangan datangkan fitnah sesudah kepergiannya
Wa akrim nuzulaha..Muliakanlah kedatangannya.
Wa wasi’ madkholaha..Lapangkanlah jalan masuknya
Wannawir quburaha.. Terangilah kuburnya
Waj’al Jannatal matswaha..Dan jadikanlah syurga sebagai tempat tinggalnya
Warzuqhabi Rahmatika ya Arhama Raahimin.. Serta berikanlah dia rezeki dengan rahmatMu ya Allah yang Pengasih dan Penyayang

Amin...
Wanita Ciptaan Allah..
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takut akan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.


5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah
S.A.W.”Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
22. 2 rakaat solatt dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
24. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.


36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Subhanallah..







Ulat Mulong..Ada berani?


Sarawak sememangnya kaya dengan kepelbagaian makanan, malah tidak keterlaluan jika negeri Bumi Kenyalang ini dianggap sebagai syurga kepada penggemar makanan eksotik.Satu daripadanya ialah hidangan ulat mulong atau si’et dalam bahasa Melanau atau tinduh dalam bahasa Iban.



Bagi masyarakat Sarawak, ulat mulong terutama yang gemuk berlemak ini mempunyai rasa yang enak dan boleh dinikmati sama ada dimasak dengan menggoreng atau salai.Penggemar Mulong yang tidak geli biasanya makan secara mentah sewaktu masih hidup selepas mencecahkan tubuh ulat dengan garam halus sebelum memakannya atau dinikmati bersama sagu.
Ia juga boleh disediakan dalam bentuk goreng kicap atau sup.Keunikan rasanya yang berlemak semulajadi menjadikan ulat mulong ini digilai ramai, bukan sahaja di kalangan kaum bumiputera bahkan kaum lain seperti Cina dan pelancong dari luar negara.
Dengan rupanya seperti ulat, ulat mulong sebenarnya bukan berasal dari ulat tetapi berasal dari anak kumbang rumbia (mulong) yang bersarang di dalam batang pokok rumbia yang telah buruk.Peminat makanan eksotik ini, bukan sahaja daripada penduduk tempatan yang mendiami kawasan yang luas dengan tumbuhan pokok rumbia seperti di Bahagian Mukah dan Betong malah ia turut digemari segenap lapisan kaum di Sarawak dan dari Negara Brunei Darussalam.
Kegilaan terhadap makanan eksotik ini menjadikan ulat mulong mempunyai nilai komersil yang amat tinggi sekaligus mendatangkan sumber pendapatan lumayan kepada pemilik dan penjualnya.Walaupun tiada kajian saintifik, memakan ulat mulong ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kegemukan manakala minyaknya dikatakan berkhasiat untuk melebatkan rambut.Ulat mulong dijual berdasarkan saiz dan kematangannya.Seekor ulat mulong matang yang besar atau gred A dijual dengan harga antara 40 sen hingga 50 sen.Ulat  mulong bersaiz besar di bahagian pangkal pohon hingga ke pertengahan pokok dijual lebih mahal berbanding ulat mulong di atas batang kerana ia masih kecil dan belum matang.
Cara penyediaan ulat mulong kini pelbagai dan rasanya bergantung kepada cara memasak. Kebanyakkan orang suka ulat mulong digoreng dan disalai kerana rasanya berlemak dan isinya manis.

Ulat mulong yang dibiarkan reput

Ulat mulong goreng


Tetapi,adakah ia halal atau haram dimakan bagi orang-orang Islam? Apa kata ulama??



Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya.Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali". Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama - sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445.

Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-

    ... Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.

Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini. Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan kera menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang.


May 02, 2011

Juh kita berpantun!!!

Salam semua,
Haritok,ada sikit pantun kamek nak kongsi ngan ktk org semua..Tok hanya sekadar koleksi pantun melayu sarawak..Semoga terhibur!!!




Sapa madah maimunah laju
Lebih laju kapal simanggang
Sapa bilang kamek mengkudu
Lebih mengkudu abang seorang

          **********
Apek tua menjajak sireh
Sireh dijajak denganlah budu
Cantek molek kamek sik mileh
Asal jangan mata mengkudu

          **********
Anak manok terciak ciak
Anak bekut empirok bah batang
Orangnya tua macam nembiak
Siknya sedar maut mok datang
          **********
Abang johan mandik terjun
Mandik terjun di wap kabong
Jangan diamal mandik berembun
Tumbuh bulu menjadi burung

          **********
Buah mangga buah keranji
Burung apa terbang sekawan
Teguh iman memegang janji
Laksana pakuk lekat di papan.
          ***********
Apa ditakut kayu beringgut
Batang padi duak serumpun
Apa ditakut main berebut
Sapa berani nyalah empun.

          ***********
Mauk ke pulo nisik bersampan
Ada sampan tebin seberang
Hendak berguro nisik berkawan
Ada kawan kekaseh orang
          ***********
Saying ke darat ke padang embun
Nemu tekukor mati berendam
Kirumku surat serta pantun
Pakey menghibur hatiku dendam

          **********
Sayang meranti kayu bergetah
Dipolah tiang kayu berlubang
Maok kunantik terlalu betah
Maok ku tinggal terasa sayang
          **********
Kubu seratok di atas bukit
Berdekat dengan pokok manggis
Malu kuini bukan sedikit
Siang dan malam tunduk menangis

          **********
Baju putih disesah puteh
Setengah puteh sabun pun hilang
Kitak kaseh kamek pun kaseh
Setengah kaseh fitnah pun datang
          **********
Kapal berlayar di laut biru
Kain berlipat di atas peti
Udahnya dapat orangnya baru
Urang lamak buang ke tepi

          **********
Sayang labuan pulo di laut
Apa berita pulo yang tumbuh
Salam mu tuan kamek menyahut
Rahsia kita disimpan teguh
          **********
Sungei bintangor jauh ke darat
Apong hanyut berbelah duak
Kitak ke timur kamek ke barat
Ada suratan bertemulah juak

          **********
Kampong perpat jambatan dang Molek
Pasar angus dimakan api
Situk lepas sia pun sik boleh
Buang tanggak berayun kaki
          **********
Bulan rejab bulan syaaban
Tanam padi berimbun daun
Tinggal sekejap rasa sebulan
Tinggal sehari rasa setahun

          **********
Terang bulan di pulo pinang
Sayur terung kamek tumiskan
Tengah malam bangun mengenang
Bantal dipelok disangka tuan
          **********
Anak raja turunlah mandik
Rambutan rempek ngembak buah
Mudah mudahan suratan jadi
Janji marek jangan diubah

          **********
Terang bulan dipintu gunong
Cahaya nampak dipokok kayu
InsyaAllah Tuhan kan nulong
Mun air deras kapal pun laju
          **********
Lemah lembut pandan berdurik
Putus tali penyirat pagar
Lemah lembut ku ngembak dirik
Putus ati siapa yang nanggar

          **********
Uar-uar rotan dibatu
Tinggi sejengkal membaok angin
Bila ditinggal junjongan kalbu
Baruk terasa sejok ngan dingin
          **********
Sungei Labuk dipusin ulak
Dipusin ulak dimungguk kubo
Kamek tauk tuan menulak
Kamek terimak seribu suko

          **********
Kain berlipat si kain tudong
Kain sabok berpunca duak
Bila ku lihat mentari dah condong
Dudok menangis tersidak-sidak
          **********
Patah galah nyulok kedondong
Galah bernama intan baiduri
Bukannya salah ibu mengandong
Salah ya dari kamek sendiri
          **********

Banyak nyamok dikola arus
Urang palembang bertanam padi
Tuboh gemok menjadi kurus
Menahan bimbang didalam ati
          **********
Sayang terbeluk tempat berbunoh
Kapal sahara mengulo saoh
Hatiku piluk badanku berpeloh
Tegal mengenang org yg jaoh

          **********
Jangan dilurut padi sebandi
Takut hampa dimakan pipit
Jangan diturut perasaan ati
Takut kelak jadi penyakit
          **********
Hari jemat berkain kasa
Kain kasa belom berjait
Nisik selamat mengekot rasa
Seumo idup menanggong sakit

          **********
Sayang tebeluk ke pulo burong
Pasa angus tepi jeraya
Udah ditubok udah disambong
Mun dah putus apakan daya
          **********
Dayang Adong bertanam bunga
Bunga ditanam diatas pagu
Mun sik lansong dalam dunia
Di akhirat kelak akan ku tunggu

          **********
Hari senin turun berlombak
Urang tembirat mati berkayoh
Berani jamin berani ngembak
Dalam surat berkata sunggoh
          **********
Sayang Simunjan tanahnya singit
Dasan rang mengunjam kota
Biar ujan balit kelangit
Kamek isik megubah kata

         **********






***Topik akan datang..Dedikasi khas buat ibu,Selamat Menyambut Hari Ibu.......